hidup takkan sentiasa berwarna ceria dan bahagiakadangkala kilat dan guruh datang menyapaHatinya pernah kehilangan insan kesayangan dalam hidupnya Tanpa disedari, dia mengenali Si Mata Bundar Awak okey Okey Bak sini buku buku tu Eh tak apa, saya bawakan Tak payah Awak nak bawak pergi kereta ke Taklah Saya datang bawak lori Nak ikut Hidupnya berubah sesudah itu Pertemuan kedua mereka membuat dia tertanya Sinar mata itu sudah tiada Cik Diam Tangannya masih lagi menekan nekan alarm kereta Cik Tiba tiba, lampu kereta itu menyala Dia menarik nafas lega Sebenarnya ini kereta saya Hah Dia terkebil kebil sebentar Lambat sikit neuron otak ni nak mencerna kata kata lelaki di depannya ini Ini kereta saya Elok aje lelaki itu menuturkan tiga patah perkataan tersebut, mukanya terus memerah Maaf, saya ingatkan kereta saya Lelaki itu tersenyum Tak apa Hidup bersama, tak semudah yang dijangka Lebih lebih lagi bukan kerana suka sama suka Namun, masing masing berusaha mencari kimia antara mereka kerana jawapan itu sentiasa ada dalam dua hatiAMANY santai bercerita kisah hidup si peguam dari kaca mata mudanya Pelajar jurusan undang undang ini menulis dengan bahasa yang mencuit hati pembaca untuk membaca hingga ke akhirnya


10 thoughts on “Si Mata Bundar

  1. Azizah Azizah says:

    Wahhhhh, berderet deret KakChik dok baca kisah kahwin paksa ni Karya pertama penulis muda ni juga memaparkan tema yang sama tapi Kakchik rasa KakChik puas hati sebabnya ada suatu tarikan yang buat KakChik nak baca, nak baca dan nak baca.Dan kisah ini juga nampak klise dengan paparan apabila umur anak dara dah melewati hujung 20 tahun, dia mesti kahwin Bukan hanya saudara masa Dania sahaja yang dok canang tanya kenapa dia masih membujang walau umur dah lewat 28 tahun tapi mama pun sentiasa mahu Wahhhhh, berderet deret KakChik dok baca kisah kahwin paksa ni Karya pertama penulis muda ni juga memaparkan tema yang sama tapi Kakchik rasa KakChik puas hati sebabnya ada suatu tarikan yang buat KakChik nak baca, nak baca dan nak baca.Dan kisah ini juga nampak klise dengan paparan apabila umur anak dara dah melewati hujung 20 tahun, dia mesti kahwin Bukan hanya saudara masa Dania sahaja yang dok canang tanya kenapa dia masih membujang walau umur dah lewat 28 tahun tapi mama pun sentiasa mahu jadi telangkai untuk anak sulungnya ini Isu tabu dalam masyarakat sejak dulu.Dania pula lebih selesa dengan kehidupannya yang sentiasa sibuk, walaupun kesibukan tu sebenarnya cara untuk dia melupakan orang yang telah pergi dan terus dibekukan hatinya dari menerima lelaki lain Kisah sedih Dania yang tidak pernah diketahui oleh keluarganya kecuali Abang Amir dan teman teman rapatnya sahaja Malahan dia tenang dengan teman serumah yang menjalani kehidupan yang hampir sama dengannya Kisah lima tahun lampau sentiasa merantai hatinya walaupun luaran dia nampak tenang dan kuat Sikap yang terlalu memendam sendiri rasa itu kadang kala buat Dania rasa teramat sakit Sehingga dia terlupa bahawa statusnya itu juga menjadi halangan buat adiknya melangkah untuk mencari bahagia.Ahnaf juga kehilangan orang yang dia sayang Orang yang berkongsi rahim dengannya Pemergian Aina tanpa sempat ditatap buat kali terakhir meninggalkan kesan yang cukup dalam di hatinya Namun kehilangan Aina akhirnya ada pengganti, Si Hitomi yang pernah ditemui lapan tahun lalu Tetapi pertemuan kali ini, Ahnaf dapat merasakan sinar mata cantik itu sudah tidak bersinar malah menyimpan seribu rasa sayu yang tidak terluah.Aturan jodoh antara mereka ada hikmah yang perlu dinilai Walaupun Dania masih belum menerima lelaki itu sepenuhnya, namun tanggungjawab sebagai isteri cuba dilaksanakan walaupun bukan sepenuhnya Sikap Ahnaf yang bertolak ansur dan bersabar juga memberi ruang untuk Dania bertenang dan cuba menerima perkahwinan mereka Tapi disebabkan sifat curiosity Ahnaf yang tinggi telah mencetus perang dingin antara mereka.Benarlah kata pujangga, bila tiada di depan mata, baru kita sedar ia amat berharga Tak tahu kenapa, KakChik rasa senang dengan karya ini Paparan kerjaya peguam juga rasanya salah satu tarikan untuk KakChik baca hingga noktah terakhir sebab jarang kita didedahkan dengan kerjaya ini dalam novel Selain itu maklumat tentang undang undang wasiat dan harta sedikit sebanyak berguna juga ye Plot juga lancar dengan tidak terlalu banyak konflik dan penggunaan yang mudah walaupun banyak juga istilah perundangan yang digunakan buat lidah KakChik tergeliat nak menyebutnya Teknik flashback yang digunakan juga tidaklah mengganggu pembacaan KakChik.Tahniah kepada cik penulis dan teruskan menulis untuk karya seterusnya


  2. shahzy shahzy says:

    Finally, habis juga walaupun sibuk ngan kejePada mulanya saya hampir meletakkan noktah juga sbb permulaan yg agak hambar Tapitapi jgn terpedaya sbb hasil karya yg diterbitkan oleh JS mmg mcm tu selalu buat suspen Dan, benar Pd siapa yg kata tak best tu. memanglah nak kena Saya suka straight to the point tak meleret2 mudah nak faham walaupun ada kalanya emosi yg ditunjukkan oleh Dania diulang2 byk kali saya faham, penulis ingin menunjukkan betapa tegas, degilnya sifat Dania.Saya Finally, habis juga walaupun sibuk ngan kejePada mulanya saya hampir meletakkan noktah juga sbb permulaan yg agak hambar Tapitapi jgn terpedaya sbb hasil karya yg diterbitkan oleh JS mmg mcm tu selalu buat suspen Dan, benar Pd siapa yg kata tak best tu. memanglah nak kena Saya suka straight to the point tak meleret2 mudah nak faham walaupun ada kalanya emosi yg ditunjukkan oleh Dania diulang2 byk kali saya faham, penulis ingin menunjukkan betapa tegas, degilnya sifat Dania.Saya tak mahu mengulas mengenai plot dan jalan cerita tapi, saya mahu membicarakan ttg kunci yg menjadi nadi penggerak dlm cerita ini Kehilangan Ya, bila kehilangan, jiwa akan rasa sepi,kaku,kelu rasa sakit disemua tempat lalu terhukumlah diri dengan bebanan yg kadangkala sengaja diadakan untuk mengelak dari memikirkan sesuatu yang akan membuat hati makin luka.Itulah yg terjd pada Dania yg kehilangan Haikal yg pada pendapatnya dia adalah soulmate yg diutuskan Allah untuk melengkapkan kehidupannya Kehilangan Haikal yg pergi secara mengejut merupakan tamparan yg hebat hingga dia terpaksa menerima Afnaf atas permintaan nannynya.Juga pada Afnaf yg kehilangan kembarnya Aina yg tidak sempat ditemui kerana peperiksaan akhir Dia berasa bersalah kerana tidak dapat menemui Aina dan sehingga kini dia masih menjadi tetamu yg setia dipusara Aina.Walaupun secara tersirat karya ini spt kahwin paksa kahwin yg terpaksa diterima krn org lain tp cara pengolahan plot amat teratur hingga kita tertarik untuk terus membaca hingga keakhir Gambaran perwatakan Afnaf yg sentiasa bersabar dan memendam perasaan pada Dania amat cantik susunannya Walaupun sudah tahu apa tindakan yang akan Afnaf buat, tapi itu bukan sebab utk kita menamatkan pembacaan sblm titik penamat.Benar kata pujangga, bila dekat kita benci, dah jauh sayang pula inilah yg terjadi pada Dania bila Afnaf pergi meninggalkannya setelah tanpa sedar dia melukakan hati suami sendiri dgn hanya satu ayat I Hate you.Kata kata itu lebih tajam dari pedang Berfikirlah sebelum berkata Apapun, there is home improvement Tahniah kpd penulis kerana byk info yg diterapkan contohnya kerjaya sbg peguam, keperluan wasiat terutamanya pada kita yg beragama islam dll Tak sabar nak menanti karya seterusnya Selamat berkarya


  3. Hajar Hajar says:

    Buku ini jadi peneman saya sepanjang ditahan dalam wad minggu lepas Satu karya yang pada saya rasa padat dengan isu persahabatan, kerjaya dan kekeluargaan Dania, si workaholic yang masih belum bertemu jodoh biarpun usia sudah menginjak ke penghujung 20 an Atas dasar itu, keluarga Dania bercadang untuk menjodohkan Dania dengan anak kenalan neneknya Hakikatnya, Dania lebih sukakan kesibukannya itu sebab mahu melupakan kesedihan akibat kehilangan Haikal yang dicintai sepenuh hati Kisah se Buku ini jadi peneman saya sepanjang ditahan dalam wad minggu lepas Satu karya yang pada saya rasa padat dengan isu persahabatan, kerjaya dan kekeluargaan Dania, si workaholic yang masih belum bertemu jodoh biarpun usia sudah menginjak ke penghujung 20 an Atas dasar itu, keluarga Dania bercadang untuk menjodohkan Dania dengan anak kenalan neneknya Hakikatnya, Dania lebih sukakan kesibukannya itu sebab mahu melupakan kesedihan akibat kehilangan Haikal yang dicintai sepenuh hati Kisah sedih Dania ni tak pernah diketahui oleh keluarga Dania kecuali Amir sepupu Dania dan juga teman teman rapat Dania Sikap pemendam Dania itu turut memakan dirinya bila akhirnya dia terpaksa akur dengan pilihan keluarganya kerana dia sedar keengganannya untuk berkahwin, seumpama halangan buat Danisha, si adik kesayangan untuk mencari bahagianya.Kebetulan, Ahnaf yang dijodohkan dengan Dania juga kehilangan saudara kembarnya Pemergian Aina tanpa sempat ditemui Ahnaf buat kali terakhir benar benar memberi impak dalam kehidupan Ahnaf Namun, pertemuannya dengan Hitomi, si pujaan hati akhirnya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aina Gaya Dania yang menyerupai Aina benar benar berjaya menambat hati Ahnaf.Perkahwinan mereka akhirnya berlangsung walaupun Dania tak bersedia menerima Ahnaf dalam hidupnya Namun, Dania cuba untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sewajarnya Sikap Ahnaf yang selalu bersabar dan bertolak ansur juga buat Dania mula rasa selesa dengan perkahwinan mereka Cuma bila Ahnaf mula melangkaui batas yang dihadkan, Dania mula dingin kembali dengan Ahnaf Lalu ke mana agaknya arah perkahwinan mereka ini Komen saya Memang agak tipikal, cuma kisah ni berjaya diselamatkan oleh latar belakang watak dan cerita yang jarang diketengahkan Jarang kita jumpa cerita dengan legal background ni Kalau ada pun, tak berapa detail Terima kasih ya Amany sebab sudi berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca Tahniah juga atas kelahiran karya sulung ni Moga makin melimpah ruah idea untuk karya seterusnya ya 3.5


  4. Dyh Usen Dyh Usen says:

    Dania yang tabah Ahnaf yang manis Teringat dengan J drama Zenkai Girl Cerita pasal gadis yang nak berjaya dalam dunia guaman Bezanya Dania dengan Miss Wakaba adalah Dania sudah selesa dengan kedudukannya dalam bidang guaman Sebaliknya Wakaba terpaksa meniti tangga dari bawah Apapun baik Dania dan Wakaba, mereka adalah wanita yang tabah Yosh Ganbate Kudasei main hentam ja tulis, bajet boleh cakap Jepun lol


  5. Tie Tinie Tie Tinie says:

    done this bookbest cerita nietahniah untuk penulis buku niemungkin ada kena mengena dgn kerja2 aku seharian duduk di law firmu guy s sila bac buku niebahasa yg sempoi x banyak sangat konflik dan santai


  6. Intan Musa Intan Musa says:

    Dania Iman adalah seorang peguam yang sangat kuat berkerja Kerja dapat buat dia melupakan arwah Haikal, kekasihnya Afnaf Danial telah lama jatuh cinta dengan Dania kerana dia mengingatkan dia pada arwah Aina, kembarnya Bila umi bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang anak kenalan, dia setuju bila dapat tahu itu adalah Danianya Bila sudah berkahwin, hubungan mereka mesra sebagai roommate Namun Ahnaf tidak pernah berputus asa untuk mengenali Dania yang sangat perahsia Tetapi bila Da Dania Iman adalah seorang peguam yang sangat kuat berkerja Kerja dapat buat dia melupakan arwah Haikal, kekasihnya Afnaf Danial telah lama jatuh cinta dengan Dania kerana dia mengingatkan dia pada arwah Aina, kembarnya Bila umi bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang anak kenalan, dia setuju bila dapat tahu itu adalah Danianya Bila sudah berkahwin, hubungan mereka mesra sebagai roommate Namun Ahnaf tidak pernah berputus asa untuk mengenali Dania yang sangat perahsia Tetapi bila Dania terlepas kata I hate you padanya, dia kecewa lalu tinggalkan Dania Sementara itu Dania mula sedar bahawa dia sudah jatuh cinta pada Ahnaf dan memerlukannya Ahnaf pulang selepas dua bulan Dania amat bersyukur kerana Ahnaf sudah kembali padanya Mereka mulakan hidup baru bersama


  7. Harnani Husin Harnani Husin says:

    Si Mata Bundar buku ke 2, yang dah habis baca hasil dari PBAKL.kisah mengenai golongan kerja profesional..Dania seorang peguam yang terlalu workaholic..pagi kerja sampai malam.mempunyai kawan kawan yang satu kepala gila gila BESTnya kalau dapat kawan kawan macam Dania ni , keluarga yang penyanyang.cuma bila part jodoh saja dia susah hati, sebab masih ingat kenangan lalu.bila dah kawin..dia buat dingin ja, sampai si suami merajuk, hampir 2 bulan hilangkan diri, masa ni la baru Dania ni terasa Si Mata Bundar buku ke 2, yang dah habis baca hasil dari PBAKL.kisah mengenai golongan kerja profesional..Dania seorang peguam yang terlalu workaholic..pagi kerja sampai malam.mempunyai kawan kawan yang satu kepala gila gila BESTnya kalau dapat kawan kawan macam Dania ni , keluarga yang penyanyang.cuma bila part jodoh saja dia susah hati, sebab masih ingat kenangan lalu.bila dah kawin..dia buat dingin ja, sampai si suami merajuk, hampir 2 bulan hilangkan diri, masa ni la baru Dania ni terasa dan tahu yang dia silap bagi saya Si Mata Bundar ni BEST, kita boleh baca dari sisi kerjaya seorang peguam dan kagum dengan kerja mereka


  8. Cik Pah Cik Pah says:

    Adeh , susah juga nak menilai novel ini kerana ramai yang suka Bukan tidak suka dengan jalan ceritanya dan input berkenaan profession peguam, kekeluargaan dan persahabatan Suka Cumanya entah kenapa Cik Pah merasakan novel ini terlalu banyak sangat dialog.


  9. Rynna Rynna says:

    tak kena dengan jiwa idea dah ok cara penyampaian cerita ni membosankan saya. habis jugak bace walaupun banyak skip


  10. Miss Rose Miss Rose says:

    memang banyak information tntang kerjaya undang2 ni itu saya suka sebab tak adalah baca novel kosong tapi alahaii banyak betul dialog.